Wednesday, 20 September 2017

Macau Incentive Trip with Tupperware Brands

Sebenarnya post ni dah lamaa dalam draft, tapi tak terpublish2 rupanya. ok tekan sajalah button publish sekarang yaa..

Incentive Trip with Tupperware Brands 2014: Macau

Macau Trip Day 1

Beberapa hari sebelum trip, kami diraikan dulu dalam satu sesi recognition khas untuk achievers. Ada sesi recognition tentulah ada hadiahnya kan? Hadiahnyaaaa...luggage size besar dengan label Tupperware! best gile. dan satu lagi hand carry bag. memang syok dapat luggage besar ni. sebab secara automatiknya beg ni jadi luggage paling besar yg kami ada. sebelum ni yg paling besar pun size kecik sikit dari yang ni. sukaaa.



Ok pada hari berangkat, kami berkumpul di airport. macam biasa, aktiviti utama, selfie & wefie dah start dari airport malaysia lagik. hehehe...


pastu kami pun naik flight ke macau. macam pelik juga sbb tak pernah terfikir nak ke macau kan. selepas dalam 3 jam perjalanan, tibalah kami di macau...


dah nampak trademark macau...macau tower & grand lisboa.



macau tower


first destination, kami ke fisherman's wharf. nak lunch kat sini dengarnya.




next, kami ke tempat yg paling iconic di macau ni, mana lagi kalau bukan Ruins of St. Paul's. nampak cantik sangat bergambar kat sini.



with raff & elin. macam kembar tiga lak kan? sama bulat semuanya. haha.




macau ni pernah dijajah oleh portugis. so architecture utk buildings dan suasana sini banyak dipengaruhi oleh portugis juga.






dari situ, kami berjalan ke senado square. sepanjang jalan, lalu kawasan tempat jualan macam2. tapi dalam banyak2 tempat, ke Turkish Ice Cream pulak yg kami singgah. sbb nmpk mcm best je dia buat ala2 magic sebelum bagi ice cream kan. nak perasan ala2 lisa surihani dalam istanbul aku datang lah konon (updated 2015: alhamdulillah, berjaya juga ke istanbul dgn tupperware. merasa gak istanbul ice cream betul2 di istanbul. tq tupperware!)

dah masuk lewat petang, kami dinner pula di sheraton hotel macau. puas makan dihidangkan sentiasa kann.




next, kami dibawa menonton tayangan di House of Dancing Water. Sebenarnya kami dah tengok preview tayangan ni. Jujur cakap, nampak mcm biasa2 aje & tak minat sangat. Lagipun letih + ngantuk, plan nak tidur kot dalam show nanti. hehe.




bila check ticket price utk show ni, harga RM400-600 camtu. first expectation: mahal juga utk pertunjukan air2 pancut saja. huhu. mcm tak sampai hati nak tidur ni, gagahkan juga menonton..

tapiiii....sebenarnya terkejut tengok show kat sini, sbb memang superb! sepanjang2 show memang rasa teruja sampai kononnya plan nak tidur tadi terpaksa dilupakan. macam tak caya tempat yang penuh dengan air yg dalam (sbb dia boleh terjun2 dlm air), tiba2 bertukar jadi tempat lumba motor pulak. memang teruja sampai asyik nak tau stage ni jadi apa pulak lepas ni..





akhirnya selesai juga tengok house of dancing water yg sangat2 best dan memenatkan. hehehe. (kalau tengok movie yg full of action, kan kita pun penat sama kan?)... hari pun dah malam, badan letih, kami pun dibawa balik ke hotel yang ditunggu2...Venetian Hotel.

sebelum sampai dah teruja. building dia terang-benderang sangat. masuk2 bilik saja, wowww...besar gila dan macam rupa istana pun adaa.

enjoy je lah gambar2 bilik kat The Venetian ni....








satu kelebihan pegi trip tupperware ni...of course kita akan dapat hadiah Tupperware setiap hari. hadiah ditinggalkan di bilik hotel. memang surprised sangatlah. ini hadiah utk Day 1...

wahh


Macau Trip Day 2

Hari kedua...memang segar bugar bangun pagi sbb katil sangatlah selesa dan bantal sangat empuk.

hari ni kami nak berconference sepanjang hari. Asia Pacific Conference ni menggabungkan semua sales force Tupperware dari Malaysia, Singapore, Japan, Korea, Indonesia, India, Australia, New Zealand, China dan baanyak lagi negara.






Conference ni dibuat dalam The Venetian Macao Convention Centre. Tapi convention centre ni punyalah besar, sampai rasa macam 'dalam hotel ada stadium'.


memang seronok duduk dalam conference ni, rasa mcm delegasi malaysia ke olimpik pun ada. haha.



with our lovely directors: from left: fazli, noorlida, rafiah, me, zuhezlin, zahariah


time rehat dalam conference, kami curik2 masa pusing ke shopping mall sebelah tu, Grand Canal Shoppe. kat sini cantik sangat. ala2 venice gitu.







malamnya...ada dinner. lepas dinner, masuk lagi stadium utk conference closing.




feewwitt



part paling seronok malam ni ialah sesi wakil dari indonesia ajar kita cara main angklung. selalu tengok org main angklung ni kat tv n takde idea camana nak main dia. so tercapailah impian nak main angklung. siap satu stadium tu bergema dengan harmoninya bunyi angklung yg kami mainkan. hehe. hebatlah mamat tu boleh ajar punya ramai2 ni nak main satu lagu dengan harmoni dalam masa sekejap je. salute.



dah puas berconference, balik bilik, dapat gift lagi...Baby Care products baru dari Tupperware. dan ada limited edition eco bottle 310ml! comel sangat, boleh masuk handbag. suka!



Macau Trip Day 3 (Zhongshan)

Pagi ni kami bersiap utk bertolak ke negara lain pula. Dari Macau, nak ke negara sebelah, iaitu China.

Bye Bye Venetian Hotel Macau...

Sempadan Macau-China

Dah masuk China, kami ke Zhongshan dulu & menginap di Sheraton Hotel.

lunch kat restoran ni

bekal dalam bas. sedap!

Sheraton Zhongshan


Pastu terus pi jalan-jalan kat Zhongshan Sunxi Walking Street. Pemandangan kat sini cantik jugak sebab mengadap sungai.







street food. sweet potato. sedap.

Lepas habis jalan2 & shopping, balik semula ke Sheraton untuk dinner. Ada live band sepanjang dinner. Makan pun sedap.




Memang syiok lah!

view dari bilik kami

cantiknya lah view bilik



Macau Trip Day 4 (Guangzhou)

Hari ni hari terakhir kat sini. Packing semua barang untuk balik Malaysia. Tapii...tak terus balik. Kita shopping lagi. Kali ni ke Guangzhou pulak.



Makan lagii


shopping leather products kat sini

Masa untuk balikkk
Memang best pegi Macau ni. Walaupun tak pernah terfikir nak pegi Macau, tapi dengan Tupperware, dia bawak ke tempat2 yg kita tak pernah terfikir nak pegi n sebenarnya memang best pegi situ.

Ditambah pulak dengan layanan yg 5 star. Memang sentiasa taknak miss Tupperware trips pasni dah. :-)

Anda nak berjalan bersama Tupperware dengan 5-star trips macam kami? Jom join team kami sekarang. Hubungi kami di:
SMS/Whatsapp: 019-2517805 / 019-2517807

No comments:

Post a Comment